Saturday, 10 November 2018

Resepi Mee Udang (Chinese Style)

Assalamualaikum...

Hari minggu macam ni mak-mak adakalanya boleh mati akal bila fikirkan menu untuk anak-anak kan...

Andai ada anak-anak yang memang jenis suka noodles boleh cuba menu Mee Udang Terangkat dari Dapur Kak Zana ni.

Kak Zana belajar resepi Mee Udang ni dah lama. Sekitar tahun 1999 kalau tak silap.

Memang puas hati sebab dia punya rasa sama macam yang kita makan di kedai. Biasanya menu Mee Udang ni ada di Cafe atau Restoran berkonsepkan makanan Nyonya. Setakat yang biasa Kak Zana pernah makan  Mee Udang ni di Onde-onde Cafe, Sunway Putra Mall.

Rasa dan harganya...hmmmm boleh tahan jugaklah.

Apa kata mak-mak cuba resepi yang Kak Zana share ni. Mane tau lepas ni boleh buat bisnes Mee Udang Terangkat pulak!

Ini lah Kak Zana, asal jadi duit semua boleh bisnes kan...



Bahan Mee dan Hiasan
500g mee -dicelur
Sedikit sayur kangkung - dicelur (boleh juga tambah tauge)
3 keping fish cake - dicelur
100g udang - dicelur
100g isi udang - dicelur (tak letak ayam pun takpe)
3 biji telur direbus dan dibelah 2

Bahan Sambal
100g cili kering - dimesin halus
Sedikit belacan - digoreng dulu sebelum dimesin)
3 ulas bawang putih - digoreng dulu
100g udang kering - digoreng dulu sebelum dimesin
Secukup garam dan gula

Bahan Kuah
1kg kulit udang - dibasuh dan digoreng (untuk dapatkan 1kg kulit udang ni Kak Zana perlukan lebih kurang 2.5kg udang. Kebiasaannya Kak Zana akan simpan stok kulit udang yang Kak Zana beli sehinggalah mencukupi)
5 ulas bawang putih
3" halia - diketuk
Sedikit gula batu (Wajib)
Sedikit garam

Cara-caranya
Mesin kulit udang dengan air dan tapiskan.Masukkan dalam periuk. Masukkan bawang putih, halia dan gula batu.Masukkan sedikit sambal dan masak hingga pekat. Rasalah garamnya.


Senang je kan. Mak-mak, minggu depan boleh cuba resepi ni ye.

Banyak lagi resepi masakan melayu, masakan barat, dessert dan biskut raya akan Kak Zana kongsikan selepas ini.

Tunggu ye...

"Masak Lemak Buah Labu
Goreng Pekasam Sambal Belacan
Mak-mak jangan bilang tak tau
Beli bahan terus saja masakkan"

Cewah! Berpantun pulak Kak Zana ye.