Semua orang ada kenangan masa kecil.
Kenangan manis ataupun pahit, ia tetap dipanggil kenangan.
Kenangan manis kita letakkan disudut hati. Kenangan yang pahit kita buang jauh-jauh.
Kata orang puteh 'Life Must Go On'.
Memori zaman kanak-kanak yang boleh Kak Zana ingat bermula umur 6 tahun rasanya. Masa tu kehidupan Kak Zana dan keluarga pun biasa-biasa sahaja. Arwah bapa dengan gajinya RM500 bekerja sebagai kerani mampu menyara kami sekeluarga. Adik-beradik Kak Zana ada 10 orang. Kak Zana anak yang ke-9. Adik-beradik Kak Zana terdiri daripada 8 lelaki dan 2 perempuan.
Masa tu belum ada bekalan elektrik lagi dirumah. Memasak masih mengggunakan dapur kayu. Bila malam arwah bapak akan pam lampu gasoline dan pasangkan kelambu untuk kami adik beradik.
Bila bekalan elektrik dah ada, TV pun masih tak mampu nak beli. Jadi kebiasaannya Kak Zana dapat menonton rancangan televisyen di rumah jiran Makcik Mun. Itupun kadang-kadang abang-abang Kak Zana ni malas nak bagi Kak Zana ikut sebab Kak Zana selalu tertidur.
"Mak,orang tak naklah bawa Zana tu tengok TV dirumah Makcik Mun, bukan dia tengok pun. Dia tidur je. Sudahnya orang jugak yang kena dukung dia masa balik" Bebel abang Kak Zana dengan mak.
Sebenarnya Kak Zana bukan tidur sangat pun. Saja je nak manja-manja dengan abang.
Aghhhh! Kak Zana amat merindui saat itu...
Terlalu banyak memori indah kalau nak diceritakan. Kehidupan masa dulu walaupun sederhana, tapi ikatan kekeluargaan yang kuat membuatkan kami rasa bahagia sekali. Tanggungjawab mak sebagai suri rumah amat berat. Maklumlah, anak ramai kan...
Mak ajar kami erti hidup. Mak ajar kami nilai kasih sayang. Mak ajar kami supaya tidak bersikap tamak. Apa jua makanan yang kami dapat, semuanya akan dibahagikan sama rata. Terima kasih Mak.
Ishhhh! Nak berjurai pulak airmata Kak Zana ni.
Stop dululah ye.
Kita sambung nanti. Kenangan masa kecil bila nak raya...
"Suasana Hari Raya, walau dimana pun jua
memberikan ketenangan dan mententeramkan jiwa
Kuih dan muih beraneka macam
makanlah jangan hanya dipandang
Ketupat rendang sila nikmati kawan
penat memasak malam kepagi"
Eh! tiba-tiba teringatkan lagu Anuar & Ellina ni.
Raya lambat lagi Kak Zana. Puasa yang tinggal tu dah ganti ke?