Saturday, 10 November 2018

Hari Karnival SK St John 1

Dua minggu lepas iaitu pada 28 Oktober 2018 telah berlangsungnya Hari Karnival SK St John 1. Tujuan Karnival ini diadakan adalah bagi mengumpul dana oleh PIBG untuk kegunaan sekolah.

Ibu-bapa pelajar telah dimaklumkan mengenai karnival ini pada awal bulan September. Ini bagi memudahkan ibu-bapa membuat perancangan untuk sama-sama terlibat dalam karnival ini. Tuan Guru Besar SK St John 1 iaitu Encik Muniandy amat berharap supaya lebih ramai ibu-bapa yang mengambil bahagian.

Setiap gerai jualan diketuai oleh guru kelas. Setiap gerai dipertanggungjawabkan untuk membuat jualan makanan, minuman, buku, pakaian dan sebagainya.

Kak Zana mewakili kelas 4Excellent bersama dengan beberapa lagi ibu-bapa lain.Guru kelas 4E iaitu Cikgu Azean telah memulakan tugasan dengan mengadakan mesyuarat dengan ibu-bapa. Beberapa menu jualan telah dicadangkan. Ibu-bapa diminta untuk menaja menu-menu tersebut. Antara menu jualan yang kami cadangkan adalah Nasi Arab, Nasi Lemak Bungkus, Lamb Chop, Satay Kebab, Karipap Pusar Goreng, Spaghetti Bolognese, Tuna Crossaint, Popia Goreng,
Teh Tarik, Kopi Ais dan Air Kotak.

Sudah 2 tahun Kak Zana terlibat dalam karnival ini sebenarnya.

Perasaannya?

Amat seronok.

Terbit rasa syukur dan bangga pada diri sendiri apabila Kak Zana boleh buat sesuatu yang bernilai untuk sekolah anak Kak Zana.

Penat?

Memang sangat penat. Kak Zana bertanggungjawab mennyediakan Nasi Arab, Nasi Lemak Bungkus, Spaghetti, Teh Tarik dan Kopi Ais. Mujur ada anak bujang Kak Zana membantu dirumah.

Ibu-bapa yang lain memang sangat-sangat supportive. Saling tolong menolong.

Gerai 4E menjadi tumpuan. Nasi Lemak kami hot Item. Laku keras!

Teh Tarik dan Kopi Ais Kaw kami jangan ceritalah.

Sekali minum mesti nak repeat lagi. Boleh kecanduan...

Eh!

Gerai 4E telah berjaya mendapatkan hasil jualan sebanyak RM1758.00 melebihi target yang telah ditetapkan oleh Tuan Guru Besar iaitu sebanyak RM1000.

Tahniah 4E, Cikgu Azean dan ibu-bapa sakalian.

Insya'Allah tahun depan kita jumpa lagi.