Assalamualaikum.
Setibanya Kak Zana dari Kuala Lumpur hari Rabu lepas, hati terus terpempan melihatkan emak terbaring lesu dikatil usang. Katil yang suatu ketika dulu pernah menjadi tempat tidur rwah bapak.
Allahualbar.
Luluh hati melihatkan emak sebegitu.
Sewaktu mennggalkan emak dua minggu lepas, kesihatan emak dalam keadaan baik-baik sahaja. Tak sangka pulak tiba-tiba mak sakit. Mak cakap dah beberapa hari badan mak lemah. Mak hanya mampu terbaring sahaja. Mujur ada adik bongsu dan keluarganya yang balik bercuti.
Adik mengajak mak ke klinik. Mak menolak. "Tak payahlah pergi klinik, nanti mak baiklah" itu yang mak cakap pada adik.
Kak Zana risau sangat. Fikirkan nanti bila kami semua dah balik ke rumah masing-masing. Macam mana dengan mak. Memang mak ada yang menjaganya. Iaitu abang kak Zana yang tidak berkeluarga. Tapi kesihatan abang pun adakalanya terganggu.
Hari ini Kak Zana masih di Ipoh. Esok lusa dah nak balik ke Kuala Lumpur. Mak pulak tak nak tinggal dengan anak-anak.
Semalam Kak Zana paksa jugak mak ke klinik. Agaknya dengan anak perempuan mak lain sikit. Sekali jer Kak Zana cakap terus mak setuju nak pergi klinik.
Terus Kak Zana bawa mak ke klinik Cheah & Lim di Pekan. Klnik yang telah beroperasi berpuluh tahun. Tidak menunggu lama di klinik sebab pesakit pun tidak ramai.
Alhamdulillah doktor yang bertugas nampaknya doktor yang punyai pengalaman yang luas, Kak Zana meenceritakan serba sedikit tentang sakit mak kepada doktor. Sebenarnya mak menghidapi penyakit Hypothyroid dan juga darah tinggi. Semalam doktor tidak memberikan apa-apa ubat kepada mak dan menyuruh kami bawa mak berjumpa kembali dengan doktor di klinik kerajaan, Doktor khuatir kalau ubat yang mak makan sudah berlebihan.
Dan apa yang bagusnya tentang doktor ini adalah beliau tidak mengambil sebarang bayaran dari kami.
"Kak, doktor ni memang tak ambil bayaran dari orang-orang tua macam mak akan ni" kata salah seorang pekerja klnik setelah berkali-kali Kak Zana bertanya inginkan kepastian.
Sekali lagi Kak Zana tersentak. Masih ada orang yang baik budi seperti Dr Tan ini. Walaupun berbeza agama niat yang baik menyatukan kita sebagai rakyat Malaysia.
Allahu.
Dalam perjalanan pulang ke rumah Kak Zana singgah sebentar di Farmasi Manjoi untuk belikan supplement buat mak dan Kak Zana sendiri.
Biasalah Kak Zana dengan asid folik dan Vitamin B berpisah tiada.
Kak Zana belikan Vitamin C + B untuk mak.supaya dapat memberikan mak tenaga. Kita berusaha selagi boleh. Moga mak kembali sihat.
Rezeki kami agaknya. Semalam berjumpa orang yang baik-baik belaka. Tuan punya farmasi sedekahkan roti canai untuk setiap pelanggannya. Dapat pulak cabutan bertuah.
Melihat kebaikan membuatkan kita ingin terus melakukan kebaikan tanpa henti.
Alhamdulillah.
Labels
Showing posts with label catatan harian. Show all posts

Saturday, 15 December 2018
Sunday, 9 December 2018
Rawatan Bekam
Assalamualaikum
Setelah beberapa kali bertangguh untuk ke klinik bagi membuat pemeriksaan kesihatan akhirnya Kak Zana memilih untuk membuat rawatan alternatif iaitu dengan berbekam.
Ini merupakan rawatan bekam yang kedua kalinya setelah beberapa tahun. Dahulu Kak Zana pernah membuat rawatan bekam ini dari seorang kenalan di FB.
Sakit kepala yang berterusan selama beberapa hari. Ada waktunya sakit itu hilang hanya dengan sebiji pil tahan sakit. Kemudian ia datang semula seperti tiada noktahnya. Muka semakin sembab. Badan jadi lesu.
Kebetulan pula sewaktu menghadiri kelas santai fotografi di Bangi tempohari ada seorang kenalan berikan nombor telefon orang yang membuat rawatan bekam ke rumah. Disebabkan pada waktu itu Kak Zana tergesa-gesa untuk pulang ke kampung jadinya Kak Zana tangguhkan dulu niat tersebut.
Bertahan selagi mahu.
Kembalinya Kak Zana ke Kuala Lumpur terus Kak Zana hubungi nombor telefon yang diberi.
"Maaf kak, buat masa ni saya tak boleh buat rawatan rumah ke rumah sebab ada anak kecil. Kalau akak nak kena datang ke rumah saya di Jempol" katanya
"Alamak, nak ke Jempol lah pulak. Sambil fikir-fikir Jempol tu kat mana ye? Ilmu geografi Kak Zana ni agak cetek sikit.
Untungnya bila kita ditakdirkan ada ramai kawan-kawan yang baik. Apa lagi, capai handphone terus whatsapp Cik Zida merangkap kawan baik sehati sejiwa Kak Zana ni. Sebab Kak Zana fikirkan networking Cik Zida ni dia punya kuasa lebih hebat dari internet.
Kahkahkah.
Kan betul. Sekejapan dapat jawapan dari Cik Zida. Rupanya kawan Cik Zida masa zaman kampus ITM di Jalan Othman PJ ada menyediakan perkhidmatan rawatan bekam ni.
Senang cerita kan. Kay Ibrahim yang empunya nama. Sudah beberapa tahun terlibat dalam pekhidmatan rawatan bekam ini dan sekarang sudah mendapat sijil VTO yang melayakkan beliau menjadi tenaga pengajar pula.
Persoalan terjawab setelah beberapa kali berbalas whatsapp. Puan Kay Ibrahim sudi datang ke rumah Kak Zana pada hari Khamis baru-baru ini. Lega rasanya. Seolah-seolah satu masalah besar telah dapat diselesaikan.
Hari Khamis seperti yang dijanjikan Puan Kay tiba dirumah Kak Zana sekitar jam 2 petang.
Benar. Setiap orang mempunyai cara rawatan yang berbeza.
Jadinya kali ini Kak Zana diminta untuk mandi terlebih dahulu sebelum rawatan bekam dimulakan.
"Inilah baru kali pertama pelanggan saya ada masalah teruk begni" Puan Kay memberitahu Kak Zana.
Eh! Cuak juga lah Kak Zana yang mendengarnya.
Jangkasama 1 jam selesai rawatan terpaksa dilanjutkan gara-gara darah yang keluar tidak banyak. Puan Kay terpaksa mengulangi proses rawatan bekam sebanyak 2 kali bagi memuaskan hatinya sebagai perawat dan pastinya juga untuk kebaikan Kak Zana.
Dari rawatan bekam ini, Kak Zana dapat banyak ilmu. Contohnya kalau darah berwarna agak pink ini bermakna tubuh badan pesakit kekurangan vitamin B terutamanya B6 dan B12.
Sebenarnya dalam 2 bulan ni Kak Zana agak malas nak makan suplemen yang menjadi rutin iaitu asid folic, B6 dan B12 untuk orang yang kekurangan darah seperti Kak Zana ini yang boleh menyebabkan anaemia.
"Peredaran darah pun kurang lancar. Bahaya ni Su, kalau dibiarkan boleh sebabkan strok. Darah tak mengalir dengan baik. Ni kalau ada darah tinggi lagi bahaya". Ujarnya lagi.
Kak Zana hanya mampu angguk-anggukkan kepala tanda bersetuju dengan apa yang Puan Kay terangkan.
"Stress pun boleh jadi penyebab Su, kita ni orang perempuan kalau bab-bab memikir ni kadang-kadang tu memang berlebih-lebih" sambungnya lagi.
Hahaha. Betul lah tu. Dah terang nak suluh lagi ke?
Seterusnya Puan Kay serba sedikit memberikan tips penjagaan kesihatan termasuklah kena rajin bersenam.
Ye lah. Nanti Kak Zana bersihkan semula treadmill yang sudah lama dibiarkan sepi.
Jeng jeng jeng!
Kasut baru please! Baru semangat nak bersenam.
Jujurnya memang Kak Zana jatuh cinta terus dengan perkhidmatan yang diberikan Puan Kay ni. Kalau markah 10, Kak Zana bagi 10/10.
Nampak keikhlasan hatinya dalam memberikan rawatan yang terbaik.
Alhamdulillah selepas rawatan bekam itu Kak Zana rasa lebih bertenaga. Sakit kepala pun dah hilang.
Kembali bersemangat untuk bekerja.
Dibawah ini Kak Zana kongsikan serba sedikit maklumat tentang perkhidmatan yang Puan Kay sediakan.
Rawatan Urutan dan Bekam - U Maira Therapist
3 jam rawatan - RM200
Rawatan bekam 21 cup - RM100
Perkhidmatan lain antaranya adalah:-
Perkhimatan Rawatan Ibu Bersalin

- mandi herba
- tangas
- tungku
- urut satu badan
Rawatan Urut Kesuburan
- tangas
- urut satu badan
- sengkak rahim
Rawatan Urut Kesihatan
- tangas
- urut badan
- aromaterapi
Caj pengangkutan luar Ampang RM20.00
Selamat Malam.
Saturday, 1 December 2018
Dilema Seorang Anak
Ada sedikit gundah bersarang dihati.
Semalam mak banyak menghabiskan masanya dengan berbaring di katil. Mungkin mak penat.
Usia mak sudah mencecah 80 tahun. Apa lagi kudrat mak yang tinggal?
Dah dipesan banyak kali pada mak supaya jangan berdiri lama-lama. Mak tak kuat.
Tetap juga mak berdegil. Mak tetap gigih memasak. Tak sedap katanya kalau beli dikedai. Masak sendiri kalau lauk biasa-biasa pun terasa sedapnya.
Diamkan saja. Tak boleh nak melarang. Takut nanti mak berasa hati.
Ceritanya adik-beradik kami ni ada sepuluh orang. Tapi empat orang terlebih dahulu telah pergi menemui Sang Pencipta. Tinggal 6 orang. Kak Zana seorang saja anak perempuan yang tinggal. Bila bapak pula meninggal dunia bulan April yang lalu menambahkan lagi kesedihan mak. Dalam jangkamasa 2 tahun kami kehilangan 3 ahli keluarga yang kami sayangi.
Benar. Mak sangat terpukul dengan kehilangan yang terlalu drastik.
Semalam Kak Zana luangkan masa untuk mak. Urutkan kaki dan tangan mak. Biar mak rasa sentuhan kasih sayang dari anaknya.
Ada tanda-tanda kakinya membengkak sedikit. Kata doktor tempohari pemeriksaan jantung akan dilakukan sekiranya bengkak dikaki mak merebak hingga ke lutut. Dengarkan pemeriksaan jantung itu sahaja sudah cukup membuatkan hati Kak Zana ni tidak keruan.
"Macam manalah aku nak balik esok pagi ni?"
Kak Zana bermonolog sendiri sambil tangan ini mengurut lembut kaki dan tangan mak yang sudah semakin dimamah usia.
Mesti mak sedih. Esok cucunya dah nak balik ke Kuala Lumpur.
Sebelum ni memang mak dah bertanya dengan angah "Nak duduk sini tak temankan embah".
"Angah nak, tapi adik pulak tak nak"
Angah menjawab.
Mak tidak tinggal berseorangan sebenarnya. Ada seorang abang yang bujang terlajak menemani mak. Cuma keadaan kesihatannya juga tidak memberangsangkan. Umurnya juga sudah mencecah 60 tahun.
Dan pagi tadi memang betul-betul mak buat drama. Selalunya mak tak macam ni.
Sesudah Kak Zana selesai gorengkan nasi untuk dijadikan sarapan kami sebelum berangkat pulang ke Kuala Lumpur, terus mak bertanya.
"Kamu nak balik pagi-pagi ni ke?"
"Ye lah mak, petang ni ada temujanji dengan doktor. Nanti baliklah lagi"
Lagipun memang ada beberapa hal yang perlu Kak Zana selesaikan dalam minggu ini.
Mak lupa agaknya. Awal-awal Kak Zana dah beritahu nak balik Kuala Lumpur Jumaat pagi.
Lepas tu mak nak sidai kain. Dalam bakul tu ada kain baju kami anak-beranak. Semalam dah basuh siap-siap. Sampai Kualu Lumpur boleh terus sidai saja. Mak cakap baju tu biar mak sidai je. Tak payah bawa balik. Baju yang dah kering pun ada tak berlipat lagi. Nanti nak balik sini tak payah bawak baju banyak-banyak.
"Nanti nak balik lagi kan" kata mak.
Alamak. Kira dah macam janjilah ni.
Memang Kak Zana merancang untuk balik lagi ke Ipoh dalam seminggu dua ni. Sebab anak-anak nak jumpa sepupunya yang di Terengganu. Minggu depan baru mereka pulang ke Ipoh.
Ye mak.
Insya'Allah ada rezeki kami balik secepat mungkin. Doakan saja urusan anak dan menantu mak ni berjalan dengan baik.
Rehatkan minda yang serabai.
Thursday, 29 November 2018
Kisah Mama, Angah dan Kucing
Semalam habis dikerjakan kucing kesayangan arwah embahnya. Dimandikan kucing tu. Si kucing pulak pandai, bila nak dimandikan kelam kabut dia melarikan diri. Kalau tidak bukan main manja lagi dia dengan si Angah. Pagi-pagi lagi dah disondolnya kaki Angah suruh bangun. Kalau Angah tak bangun, dia siap baring atas tilam.
Dia tau Angah sayangkan dia.
Si adik pulak walaupun takut dengan kucing tapi tetap menolong abangnya pegangkan paip nak bagi kucing mandi.
Tak sangka pulak Angah ni penyayang kucing. Kalau ikutkan abangnya dulu, memang takut dengan kucing. Kalau ke kedai makan yang ada kucing, tak senang nak makan dibuatnya. Dia punya menangislah takutkan kucing tu. Samalah dengan si bongsu Azalia pun takut dengan kucing.
Dulu masa Angah kecil, nampak saja kucing terus dikejarnya. Kadang-kadang tu diitarik ekornya. Kami yang ketakutan takut kucing tu mengamuk.
Sifat sayang kucing ni menurun dari maknya. Siapa lagi? Kak Zana lah kan.
Kak Zana tersuka kucing ni pun tanpa sengaja sebenarnya. Eh. Dah macam tajuk drama TV3 pulak kan.
Bermula bila adik bawa anak kucing jalanan sewaktu balik dari surau. Dia jumpa di tepi jalan. Anak kucing tu masih kecil lagi. Adik risau kalau kucing tu kena langgar, jadi dibawa balik kucing tu kerumah.
Bermulalah episod menjaga kucing itu yang kami namakan MeMe. Memang comel sangat.
Hari demi hari Kak Zana semakin sayang dengan 'MeMe' ni. Tidur pun kadang-kadang sekatil.
Satu kejadian yang membuktikan kasih sayang tu bila pada suatu hari di bulan puasa, abang Kak Zana ni dah macam orang terencat akal pun ada. Main mercun siang-siang buta.
'MeMe' ni bila dengar letupan tu terus terkejut. Dia punya pecut macam acara lari balapan 100m tu sampai naik atas pokok kelapa. Sudahnya turun tak pandai.
Adoi. Pening juga dibuatnya. Jenuh fikir macammana nak turunkan. Takkan kami pulak yang nak panjat pokok kelapa tu kan.
Sudah tu bawah pokok kelapa ada pulak telaga. Kalau lah Meme jatuh kedalam telaga tu. Gerenti mati kan.
Itulah yang Kak Zana bebelkan dengan abang. Selagi dia tak selamatkan MeMe.
Dua malam tidur Kak Zana tak lena. Sampai termimpi-mimpikan MeMe.
Sungguh.
Putus cinta pun tak seteruk ini.
Entah mcammana MeMe ni boleh turun, Kak Zana tak berapa ingat. Tapi selepas 3 hari rasanya. Puaslah menangis. Kesiankan MeMe kebuluran. Masa tu memang bergaduhlah dengan abang macam nak meletus Perang Dunia Ke-3 lagaknya.
Mak dengan arwah bapak hanya mampu tengok saja gelagat anak-anaknya bergaduh pasal kucing.
Demi kucing juga Kak Zana sanggup saja ikat perut. Nak bawa kucing ke klinik haiwan lah katakan. Ada satu hari tu siap panggil doktor datang rumah. Tapi kesian doktor tu kena halau dengan mak.
Sebab mak memang tak berapa suka dengan kucing.
Akhirnya MeMe ni merajuk sebab Kak Zana mula bekerja di Kuala Lumpur. Lepas beberapa minggu Kak Zana tiada di kampung, dia pun bawa diri sebab selain Kak Zana, memang tiada siapa yang sayangkan kucing kecuali arwah bapak.
Kejadian yang membuatkan mak lagi marah dengan Kak Zana, bila setiap kali Kak Zana telefon mak di kampung. Bukan nak tanya mak sihat ke tidak.
"MeMe ok ke mak? Mak bagi makan tak?
Nyaris lah mak bukan jenis nak carutkan anaknya sesuka hati kan. Kalau tak, memang nasib tak baiklah kau Suzana. Lain kali kau tanyalah mak dah makan ke belum. Baru lah betul.
Tapi yang sedihnya MeMe ni bila dia nak mati, dia balik kerumah. Mati dihadapan rumah. Memang sedih sangat bila dapat tau.
Berakhirlah kisah Kak Zana dengan kucing. Semenjak itu memang Kak Zana tak nak bela kucing. Tengok kucing pun, jeling-jeling je.
Sekarang penyakit sayang kucing tu dah berjangkit pulak dengan Angah. Memang dah lama dia minta nak bela kucing dirumah. Tapi tinggal di kondominium tidak mengizinkan kami membela kucing.
Mujurlah.
Kalau tak, lagi pening mak dibuatnya.
Tu lah semalam bila Kak Zana cerita yang Kak Zana dulu ada bela kucing. Anak-anak ni macam tak percaya.
Habis Kak Zana kena soal siasat.
"Apa nama kucing mama dulu"
"Kenapa kucing tu mati". Banyak lagi soalan yang ditanya.
Kak Zana bagitau kucing tu mati sebab bunuh diri. si Azalia ketawa mengekek-ngekek.
"Ma, kucing mana boleh bunuh diri" katanya.
"Siapa kata tak boleh, hari tu kucing mama siap ada tali di leher dia. Tu bunuh diri lah tu" Kak Zana sengaja sedapkan cerita.
Melampau kan mak punya reka cerita.
Selain MeMe ada jugak kucing lain masa tu. Tapi tak sempat hidup lama. Ada yang mati kena langgar.
Tadi ada anak saudara mengimbau kenangan tentang kucing Kak Zana.
Kata mereka "kami dulu sengaja potong misai MeMe tu. Barulah nampak comel".
Nak cakap apa lagi?
Pasrah sajalah.
Berbuat kebaikan tak kira masa
Esok dah nak balik ke Kuala Lumpur.
Tengoklah siapa yang terlebih emosi esok.
Mak atau anak-anak?
Kebiasaannya begitu. Kak Zana tak pernah tak menitiskan air mata setiap kali nak kembali ke Kuala Lumpur. Rasa sedih teramat bila nak berpisah dengan mak.
Anak-anak pula tak puas bermain dengan kakak dan abang sepupu. Bosan kalau di Kuala Lumpur kata mereka. Tiada halaman tempat nak bermain dan tiada binatang peliharaan.
Awal-awal pagi tadi Kak Zana dah siapkan semangkuk mee goreng. Teringin pulak nak makan putu mayam yang sedap. Belilah sedikit tadi buat hilang kempunan.
Kemudiannya Kak Zana dan suami melangkah keluar rumah menuju ke tanah perkuburan. Menziarahi pusara arwah bapak, arwah abah (bapa mertua) dan juga arwah makcik Melah jiran sebelah rumah. Rupanya pusara arwah bapak berjiran juga dengan pusara arwah makcik Melah. Semuanya dengan kehendakNya.
Selesai urusan di tanah perkuburan, terus kami ke Medan Selera Dato Sagor yang terkenal dengan 'Roti Telur Goyang'. Sebenarnya tak lapar mana pun. Saja gatal nak lepak-lepak sekejap mana tau terjumpa kawan lama.
Tu dia.
Dah nampak papan tanda gerai no 22. Kedai Ah Yoong. Tempat kegemaran kami melepak suatu ketika dulu.
Terharu sungguhlah bila Ah Yoong dan adiknya masih kenal kami berdua. Padahal dah lama sangat rasanya kami tak menjejakkan kaki kesitu.
Seperti biasa kami pesan 'Roti Telur Goyang' dan Bun Kukus sapu mentega dan kaya.
Wow! Rasa tak berubah sama macam dulu jugak. Dipadankan pulak dengan kopi Ais Ipoh Mali yang sedap.
Sempat jugalah kami berborak. Kata Ah Yoong bisnes sekarang dah tak macam dulu. Banyak persaingan.
"Apa mau buat, bisnes kena jalan jugak. Sapa mau kasi duit? kata Ah Yoong dengan pelat Cinanya.
Tiba masa kami ucapkan selamat tinggal pada Ah Yoong. Sempat juga kami bungkus 4 biji bun kukus sapu mentega dan kaya buat keluarga dirumah.
Seterusnya kami singgah di klinik kerajaan di Kg Manjoi sebab nak beli vadai yang sedap dari seorang pakcik ni. Memang susah nak cari vadai yang sedap di Kuala Lumpur tu. Siap Kak Zana mintak izin untuk ambil gambar dia sekali tadi. Hari ni pakcik siap bagi lebih lagi vadai tu.
Sempat lagi selepas tu kami singgah dihadapan SK Manjoi sebab nak ambil gambar. Dulu Kak Zana bersekolah disitu dari darjah 1 hinggalah darjah 6.
Sekarang ni SK Manjoi dah berubah. Terbahagi kepada 2.
SK Manjoi 1
SK Manjoi 2.
Bangunannya pun dah bertambah. Banyak pembaharuan dilakukan. SK Manjoi pun sekarang bukan sekadar sekolah kampung. Sudah boleh bersaing dengan sekolah-sekolah yang lebih baik pastinya.
Bulan Febrari yang lalu, kami telah berjaya mengadakan sesi 'reunion' SK Manjoi tahun 1979-1984. Sesi 'reunion' ini telah berjaya merakamkan pertemuan semula kami pelajar-pelajar SK Manjoi dan beberapa orang guru. Sungguh menggamit nostalgia saat itu.
Buat masa ini group whataspp SK Manjoi semakin sendu. Semua ahli sibuk dengan urusan masing-masing dan ada juga ahli yang sudah bercucu.
Kak Zana pun ada cucu dah. Tapi cucu saudara lah.
SK Manjoi tetap dihati.
'Buat sahabat Rosmawati Mior Adlan dan Arifah Azna Baharin. Kalian berdua adalah sahabat yang paling awal aku kenal. Kita bertiga berlumba-lumba untuk dapatkan markah yang terbaik waktu itu dan tidak pernah berpisah kelas sehinggalah darjah 5'.
Betul tak?
Wednesday, 28 November 2018
Sibuk mengalahkan menteri kaedahnya...
Penat sangat rasanya hari ini. Dari pagi keluar masuk rumah. Banyak perkara yang perlu dilakukan.
Selepas subuh siapkan dulu sarapan dirumah. Masak kotiaw goreng dan roti bakar letak planta bertemankan air teh O sahaja.
Teringat pulak anak yang seorang ni tak makan kotiaw goreng. Bergegas minta suami belikan roti canai 2-3 keping. Selesai masalah.
Sambil tu berfikir. Nak tulis apa hari ini. Semenjak kesihatan kurang memberangsangkan dalam seminggu ini rasa macam terbatas otak nak befikir jauh-jauh. Dengan matanya yang rabun tapi tetap degil untuk buat cermin mata.
Tak nak mengaku tua kisahnya. Mujurlah ada anak kecil yang berbaik hati tolong bacakan tulisan mama kalau ada salah ejaan. Takpelah, tunggu tahun depan azam baru pakai cermin mata.
Dari pukul 10 pagi keluar rumah konon nak mencari bahan. Adalah jugak muncul idea-idea tu. Sempat juga berposing di merata bangunan lama di Pekan Lama sambil mengimbau kenangan.
Bila dah sampai kerumah, baru teringat ada satu hal yang belum selesai. Niat dihati esok nak masak 'Chicken Chop' untuk keluarga. Lepas Zohor terpaksa keluar semula. Kami ke kedai bahan bakeri Wah Seng untuk membeli brown sos, daun bay, daun basil dan daun pasli. Kemudiannya nak cari ayam sejuk beku untuk dibuat 'chicken chop'. Cuma tak tahu dimana tempatnya.
Allah mudahkan urusan kami. Saja ringankan mulut bertanya tauke kedai Wah Seng ini.
"Ada jual maaa dekat dekat kita punya kedai. Wah Seng satu lagi" tauke kedai memberi jawapan
"Ohh, yang dekat Taman Dr tu ye. Nasib baik saya tanya you" balas Kak Zana
Tauke kedai mengangguk sambil tersenyum manis. Memang tak sombong orangnya. Kak Zana memang dah lama kenal dengan tauke kedai Wah Seng sejak dari zaman anak dara lagi. Masa mula-mula cari duit sampingan buat biskut raya.
Kami pun menuju ke destinasi seterusnya mencari ayam frozen. Masuk saja ke dalam kedai Wah Seng terpegun sungguh dibuatnya. Rupa-rupanya kedai ini lagi besar dan banyak barang-barangnya. Kata salah seorang pekerjanya, kebanyakan produk-produk yang ada, mereka bekalkan ke hotel-hotel di sekitar Ipoh ni.
Begitulah ceritanya.
Selesai membeli apa yang patut disitu kami meneruskan hajat untuk balik kerumah. Dalam perjalanan teringat pula apa yang nak dihidangkan buat keluarga untuk minum petang hari ini. Terus saja kami singgah di deretan kedai yang menjual pelbagai jenis kuih-muih berhampiran rumah. Kuih-kuih disitu sedap-sedap belaka.
Kak Zana beli serba sedikit kuih antaranya tepung talam, cucur badak, tepung gomak, serimuka, buah melaka dan juga apam balik. Sebahagiannya nak diberikan kepada anak-anak saudara yang tinggal berjiran. Seronok rasanya bila kita berbahagi rezeki kan.
Sambil membeli kuih tu terpandang pulak kedai menjual buah durian diseberang jalan. Tapi kata suami, tak payah belilah sebab tengok buahnya macam dah tak segar. Ikutkan sajalah lagipun takut jugak dalam keadaan kesihatan yang belum seratus peratus pulih. Nanti tak pasal-pasal diserang sakit kepala lagi.
Esok Kak Zana share resipi 'Chicken Chop' dengan sos lada hitam yang mabeles ye. Resepi keluarga. Juga resepi yang Kak Zana semasa menjalankan perniagaan kafe dulu.

JJCM - Nellis Deli
Tujuan asal Kak Zana pagi ini nak ke stesen bas Ipoh untuk mengambil gambar jalanan disana. Sambil beli kacang putih yang sinonim dengan Ipoh. Kacang putih ini sangat terkenal di Ipoh dan banyak dijual di kawasan stesen bas ini sejak dari zaman Kak Zana kecil lagi.
Apakan daya. Hasrat untuk mengambil gambar disekitar kawasan stesen bas terpaksa dibatalkan disebabkan tiada ruang tempat letak kereta disitu.
Kecewa rasanya.
Selain kacang putih yang popular, stesen bas ini juga banyak meninggalkan kenangan yang indah buat kami warga Ipoh.

Kak Zana meneruskan perjalanan menyusuri jalan di sepanjang pekan lama. Amat mengasyikkan bila melihat banyak perubahan yang berlaku. Pekan Lama sekarang ini menjadi tumpuan pelancong dan mempunyai sejarahnya yang tersendiri.
Di Pekan Lama ini juga terdapat beberapa deretan kedai kaum India yang dikenali sebagai 'Little India'. Kedai-kedai ini kebanyakannya menjual barang kemas, kain saree dan juga alat kelengakapan sembahyang bagi penganut agama Hindu.
Seterusnya melalui jalan hadapan sebuah deretan kedai makan yang dikenali sebagai 'Clock Tower' terletaknya dibelakang bangunan Dewan Bandaraya Ipoh. Disini sangat terkenal dengan menu 'Roti Telur Goyang'.

Memandangkan waktu itu jam telah menunjukkan pukul 10.30 pagi, rasa macam sudah terlambat untuk bersarapan. Lagipun dirumah tadi dah sepinggan kutiaw goreng Kak Zana bedal tanpa rasa kesal. Bila di Ipoh kena lupakan dulu soal diet. Rugi kalau tak makan.
Alang-alang dah di pekan lama ini kebetulan ada satu kafe hipster yang menjadi pilihan Kak Zana iaitu Nellis Deli. Menu di Nellis Deli sangat menepati selera Kak Zana. Harganya agak mahal sedikit tapi 'portion' makanannya sangat besar.
Masuk saja Kak Zana di Nellis Deli ini terus perasaan jadi sangat teruja dengan dekorasinya yang klasik. Sangat menenangkan fikiran.
Tanpa berlengah terus Kak Zana membuat pesanan makanan. Kak Zana order mee rebus untuk suami, nasi lemak ayam goreng untuk anak dan cucur udang untuk Kak Zana sendiri. Dah pesan makanan tentulah ada minumannya sekali kan. Kak Zana pesan lemon madu panas, nescafe tarik dan teh O ais.
Saja nak bagitau, kafe Nellis Deli ditutup setiap hari Selasa ye. Jangan nanti ada yang terjah tiba-tiba.
Waktu operasi perniagaanya dari 10am-5pm kecuali hari Khamis dan Jumaat waktu operasinya dipanjangkan hingga ke 10pm. Menu untuk makan malam bermula dari pukul 5pm. Menu untuk makan malam berbeza setiap hari.

Tak rugi singgah di Nellis Deli tau. Selain makanannya yang sedap suasananya yang tenang juga boleh membangkitkan selera.
Kafe Nellis Deli ini beralamat di No 99, Jalan Sultan Yusuf, 30300 Ipoh, Perak.
Selesai makan-makan di kafe Nellis Deli boleh terus bejalan kaki menyusuri deretan bangunan lama yang sangat mengujakan.
Percayalah.

Kualiti gambar agak kurang memuaskan. Tak cukup cahaya dan ketinggalan tripod di KL. Redah saja apa adanya.
Labels:
catatan harian,
jjcm
Tuesday, 27 November 2018
Bila di Ipoh. Seronoknya...
Seronoknya bila dapat balik kampung. Nikmat yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata.
Kesempatan yang ada ini Kak Zana gunakan sebaik-baiknya.
Rehatkan minda sambil menyantuni mak. Tak perlu fikir pasal kerja atau bisnes. Sampai saja dikampung secara automatik hati jadi tenang dan fikiran lapang.
Rumah orang tua Kak Zana di Kampung Seberang Sungai Tapah, Ipoh. Diantara perkampungan Melayu yang terbesar dikenali sebagai Gugusan Manjoi.
Gugusan Manjoi ini terdiri daripada beberapa buah kampung antaranya:
Kampung Manjoi Lama
Kampung Manjoi Baru
Kampung Tengku Husin Lama
Kampung Tengku Husin Baru
Kampung Tengku Husin Tambahan
Kampung Seberang Sungai Tapah
Kampung Sungai Tapah
Kampung Datuk Ahmad Said
Kampung Datuk Ahmad Said Tambahan
Suasananya tidaklah macam kampung-kampung melayu sangat sebab sudah dilanda arus permodenan. Jarak dari rumah ke pekan pun dalam beberapa minit sahaja. Tidak jauh bezanya dengan suasana di Kampung Baru Kuala Lumpur tempat Kak Zana menetap sekarang.
Cuma bezanya dikeliling rumah ini masih banyak pokok-pokok yang menghijau, ada pokok kelapa yang rendang dengan buahnya yang merimbun. Buah kelapa inilah yang menjadi habuan kami anak cucu bila balik kampung. Dapat menikmati kesegaran air kelapa dengan isinya yang lembut menjadi satu kemestian setiap kali pulang ke kampung. Kalau nak beli air kelapa muda sekarang ni pun dah mahalkan.
Ditepi rumah Kak Zana ni ada sebuah jambatan. Dibawah jambatan inilah tempatnya kami bermain dan berkubang di dalam sungai. Sungai inilah yang menjadi saksi akan kenakalan kami adik beradik dan sepupu-sepupu. Asal ada peluang, terjun saja ke dalam sungai tanpa rasa bersalah. Walaupun sebenarnya airnya tidaklah sejernih mana. Dibawah jambatan ini juga kami selalu buat bom haram waktu bulan puasa. Mujur tiada yang terputus tangan.
Disekitar kampung ini juga masih terdapat beberapa buah lombong tinggal yang menjadi tempat kami bermain suatu ketika dulu tanpa ada sedikitpun rasa takut. Entah dari mana datangnya semua keberanian itu kan.
Di Ipoh juga sangat terkenal dengan makanannya.
Sebut sahaja Nasi Ganja. Semua orang tahu. Ada juga yang sanggup datang dari jauh semata-mata ingin menikmati kesedapan nasi ganja tu. Nasi Ganja ni tak letak ganja pun. Dipanggil nasi ganja mungkin atas sebab bila dah makan sekali, akan teringat-teringat akan kesedapannya. Ketagihan lah ceritanya.
Nak makan mee kari dan mee kicap?
Cari mee kari Kak Yah. Otai mee kari di pekan Ipoh. Mula berniaga mee kari ni semenjak awal 80-an lagi. Kemudiannya barulah muncul Mee kari Mat Jasak dan beberapa lagi pengusaha yang lain.
Tapi bagi Kak Zana, mee kari Kari Kak Yah adalah yang terbaik. Mee kari Kak Yah ini terletak di Taman Kledang berhampiran Masjid Jamek Taman Kledang.
Banyak lagi tempat-tempat makan yang menyajikan makanan yang sedap-sedap. Banyak juga cafe-cafe hipster yang tumbuh bagaikan cendawan. Antaranya Nellis Deli, Cokodok Raggae, Cakchibow Cafe, Plan B dan banyak lagi. Terlalu banyak sebenarnya. Nanti Kak Zana akan kongsikan tentang makanan yang sedap-sedap dan tempat-tempat yang menarik di Ipoh di entri yang lain ye.
Balik kampung kali ni Kak Zana berkesempatan uuntuk menemankan mak untuk temujanjinya diklinik kesihatan. Dengan keadaan mak yang sudah tua dan uzur. Ditambah pula dengan deria dengarnya yang semakin berkurang menuntut mak diberikan perhatian yang lebih. Kak Zana bersyukur diberikan peluang untuk menyantuni mak kali ini. Selalunya tanggungjawab ni digalas oleh abang-abang Kak Zana.
Sempat juga Kak Zana menemani mak untuk menziarahi sepupunya yang tinggal tidak jauh dari rumah. Sepupu mak ni merangkap kawan baik mak semasa mudanya. Alangkah terkejutnya Kak Zana bila melihat pakcik iaitu suami kepada sepupu mak ini dalam keadaan uzur. Terlantar di katil tanpa boleh difahami tutur katanya. Sebelum ini yang Kak Zana tahu memang pakcik menghidap 'Parkinson' sudah agak lama. Dan kini makan dan minumnya juga disuapkan oleh anak dan menantunya. Menitis juga airmata Kak Zana ni. Timbul rasa bersalah sebab sudah sekian lama tidak menziarah mereka. Sedangkan waktu kecil kami adik beradik sering saja kerumah sepupu mak ini.
Selalunya apa yang kita rancangkan tidak menjadi kenyataan kan. Tapi kali ini semuanya berlaku secara spontan. Pulangnya Kak Zana ke kampung kali juga diberi kesempatan untuk berjumpa dengan jiran sebelah rumah merangkap kawan sepemainan semasa kami kecil. Seronoknya kami dapat berborak walaupun dalam masa yang singkat dan tak cukup korum. Tapi tetap juga boleh menggamit memori silam.
Bermain 'police century' dimalam hari di bulan Ramadan. Menyorok di reban angsa dalam gelap. Tak boleh nak bayangkan macammana. Nyaris tak kena sodok dengan angsa tu kan. Belum lagi dengan kisah seorang insan yang nakal. Suka membaling bunga api yang sedang menyala ke arah geng perempuan yang 'sweet' ni.
Main masak-masak, main pondok-pondok main mak-mak dimana anak patung dijadikan sebagai anak. Main kahwin-kahwin pun ada. Pasangan yang berkawin olok-olok ini disandingkan di tangga rumah tok wan jiran ni.
Hebat ke tak kami ni?
Alhamdulillah persahabatan kami tetap baik hingga saat ini cuma tidak berkesempatan untuk selalu berjumpa macam dulu-dulu.
Moga ukhuwah ini berkekalan dan kenangan ini tetap kekal dalam ingatan kami.

Monday, 26 November 2018
Food Photography Tea Talk 2.0
Baru-baru ini Kak Zana berkesempatan untuk menghadiri kelas 'Food Photography & Styling' yang dianjurkan oleh Tuan Din Zainal seorang 'food photographer' yang berpengalaman. Kelas ini diadakan di kafe Biji Kopi yang terletak di Bangi Gateway.
Ini adalah kali yang ke-2 Kak Zana menghadiri kelas Tuan Din Zainal. Kali pertama adalah di Johor Bahru pada bulan September tahun lalu.
Demi minat yang mendalam dalam bidang fotografi ini terutamanya 'food photography' kelautan api juga sanggup Kak Zana renangi.
Cewah.
Kelas berlangsung selama lebih kurang 5 jam bermula dari 10 pagi dan berakhir pada 3 petang.
Kelas ini dihadiri oleh seramai 9 orang pencinta fotografi termasuk Kak Zana dan dibuat secara santai sahaja.
Di kelas kali ini, Kak Zana belajar dari asasnya iaitu susun atur makanan 'styling', props yang digunakan dan kedudukannya, latarbelakang yang sesuai sehingglah ke proses 'editing' yang menjadikan sesuatu gambar itu lebih cantik dan ada seninya.
Alhamdulillah. Banyak dapat ilmu yang bermanfaat dari kelas ini.
Lepas ini kita tinjau-tinjau pula kelas di Jakarta.
Ayuh kita ke Jakarta. Agenda 3 dalam 1. Sambil belajar fotografi boleh juga masuk kelas memasak dan sambil-sambil boleh membeli-belah.
Raya pun dalam beberapa bulan saja lagi.
Kita ke Pasar Mayestik yok! Beli kain ela bikin baju raya.
Dengan adanya kelas ini juga maka bertambahlah bilangan kawan-kawan Kak Zana dalam bidang fotografi dengan kepakaran yang berbeza. Alhamdulillah, Kak Zana dapat berkenalan dengan 2 orang pakar 'gambar jalanan'. Sudah cukup menyeronokkan bila mereka ini adalah golongan yang tidak kedekut ilmu. Saling membantu dan bertukar-tukar pendapat.
Semoga ukhwah ini berkekalan hendaknya.
Tiada istilah 'terlambat' dalam menuntut ilmu.

![]() |
| Belakang tabir |
![]() |
| Antara props yang dgunakan |

| Gambar sebelum |
| Selepas proses 'editing' |
Dengan adanya kelas ini juga maka bertambahlah bilangan kawan-kawan Kak Zana dalam bidang fotografi dengan kepakaran yang berbeza. Alhamdulillah, Kak Zana dapat berkenalan dengan 2 orang pakar 'gambar jalanan'. Sudah cukup menyeronokkan bila mereka ini adalah golongan yang tidak kedekut ilmu. Saling membantu dan bertukar-tukar pendapat.
Semoga ukhwah ini berkekalan hendaknya.
![]() |
| Gambar asal |
![]() |
| Selepas proses 'editing' |
Tiada istilah 'terlambat' dalam menuntut ilmu.
Betul tak?
Saturday, 24 November 2018
Anak-anak dan Al-Quran
'Alif di atas Aa, Alif dibawah Ee, Alif didepan Uu, bunyinya 'Aa Ee Uu'
'Alif dua di atas An', Alif dua dibawah In', Alif dua didepan Un', bunyinya An' In' Un'
Alif Wau mati di atas Au,Nun di atas Na, bunyinya Au' Na'
Alif Wau mati didepan Uu' Nun di atas Na, bunyinya Uu' Na.
Begitulah seterusnya hingga guru mengaji kata berhenti.
Tamatkan dengan Wassalamu.
Yeah. Dah boleh balik.
Begitulah cara Kak Zana mengaji mengunakan Muqaddam dulu. Tapi orang Perak sebut Muqaddam ni 'Jahama'. Mula pergi mengaji masa umur 8 tahun. Darjah 2 masa tu.
Setiap hari berjalan kaki dengan abang ke rumah 'Ende' yang jaraknya dalam 100 meter dari rumah.
Dulu pernah juga terfikir kenapa guru mengaji ni dipanggil 'Ende'.
Kenapa bukan makcik?
Rupa-rupanya panggilan 'Ende' tu samalah dengan gelaran makcik. 'Ende' panggilan untuk makcik bagi keturunan Syed dan Syarifah. Begitulah kisahnya.
Paling syok bila Ende beritahu "minggu depan tak payah datang mengaji ye sebab Ende ada tempahan kuih".
Tak syoknya pulak bila Ende suruh anak perempuan dia yang ajar kami mengaji. Masa ni rasa macam nak lari balik jer. Sebab anak Ende ni muka tak pernah senyum. Tengok orang macam nak telan jer.
Kalau sekolah kebangsaan waktu pagi, jadi pergilah kami mengaji disebelah petang. Bila malam sambung pulak mengaji dengan arwah bapak. Lepas solat maghrib berjemaah, bersilalah kami dengan sopannya bersama muqaddam dan Al-Quran masingg-masing. Kak Zana, abang dan adik bongsu.
Masa mengaji dengan arwah bapak inilah yang boleh jadi mimpi ngeri sangat. Salah sikit saja, mendaratlah tangan bapak dipipi kami yang comel tu.
"Apa aaa aaa aaa," jerkah bapak. Dah hinggap satu.
Dulu-dulu bila kita dah tamat Al-Quran, ibu bapa akan meraikan kita dengan mengadakan majlis khatam Quran. Dibuatkan pulut kuning beserta lauk pauk kemudiannya disedekahkan kepada jiran-jiran dan guru mengaji.
Kalau ada kemampuan lebih, dibuatkan kenduri kesyukuran.
Itulah namanya kenangan.
Sekarang segalanya berubah. Bila anak-anak sekarang mengaji menggunakan teknik bacaan Iqraq, Kak Zana jadi pening nak mengajar. Tak pandai, tapi usaha jugaklah.
Alhamdulillah anak-anak Kak Zana walaupun bermula lambat, bila mereka dah naik Al-Quran tu rasa legalah sikit. Dapat pula guru mengaji yang memang bertauliah.
Sebaiknya kita sebagai ibu bapa raikan juga anak-anak setelah mereka berjaya tamat Al-Quran sebagaimana kita meraikan hari konvokesyen mereka di peringkat tadika sehinggalah keperingkat yang lebih tinggi.
Kita sematkan dalam jiwa anak-anak supaya cintakan Al-Quran.
Kalau buka kita, siapa lagi?
Dulu masa anak sulung naik Al-Quran memang Kak Zana buatkan pulut kuning. Bila tamat Al-Quran pun Kak Zana buat benda yang sama.
Dah terbiasa agaknya melihatkan mak selalu meraikan kami begitu.

Friday, 23 November 2018
Yeah...Nak balik kampung
Seawal 4 pagi Kak Zana dah bangun untuk siapakan tempahan roti jala dengan kari ayam.
Ikutkan hati memang dah tak nak ambil tempahan sebab terikat dengan tanggungjawab lain. Tapi bila fikirkan jiran yang menempah ni seorang yang baik hati dan sangat senang berurusan dengannya. Cakap saja berapa harga yang dikenakan, tak pernah sekalipun dia minta harga dikurangkan dan sebagainya.

Siap saja roti jala, terus Kak Zana hantarkan ke lobi supaya senang diambil oleh puan yang menempah nanti.
Selesai satu bab.
Hari ini juga diadakan Majlis Anugerah Kecemerlangan untuk pelajar SK St John 1. Anak Kak Zana si Ariff Azri ni dijemput hadir untuk menerima anugerah. Peliknya kami sendiri tak tau anugerah apa yang bakal diterimanya itu.
Kata guru kelasnya mungkin anugerah untuk Pengawas Pusat Sumber. Biar betul?
Disebabkan kesihatan Kak Zana yang masih belum pulih sepenuhnya, jadinya hanya suami saja yang menghadiri majlis tersebut.
Rupanya dia menerima anugerah peningkatan prestasi bagi kelas 4 Excellant. Gitu. Tak sangka pulak kan.
Jadinya petang tadi, kami belanja makan Pizza. Cukuplah kan.
Dalam keadaan tak berapa sihat ni otak Kak Zana tetap ligat terfikir. Bila nak balik kampung? Cuti sekolah dah bermula. Hampir 2 bulan tak balik jenguk mak. Rindu pulak rasanya.
Kebetulan semalam di group whatsapp keluarga ada gambar mak menziarah kubur arwah bapak. Lagilah bertambah-tambah rindu pada mak.
Aturan Allah sangat cantik sebenarnya.
Bila diuji dengan kesakitan yang tidak reda-reda ini Kak Zana ambil keputusan untuk berehat seketika. Mungkin seminggu atau lebih. Yeah. Boleh balik kampung.
Lepas balik dari kampung baru kita fikir cara nak mula 'diet'. Rejim 'diet' bagaimana yang sesuai dengan Kak Zana.
Eat clean? No. Eat clean = makan sampai licin. Hahaha.
Diet Atkin? Tak boleh jugak. Menggigil. Dah cuba dulu.
Diet IF? Nampak macam menarik. Takpe, nanti kita cuba.
Ni lah masalahnya, bila treadmill kau buat tempat sangkut beg dan tuala. Kau beli oat konon nak buat 'overnight oat' sampai sekarang tak buat-buat lagi. Kau beli beras perang, tapi kau simpan buat perhiasan dalam oven.
Jadi macam mana nak sihat?

Mimpi Vs Nyata
Golll!!!!
Satu jaringan yang cantik dari sebelah kiri oleh pemain penyerang sayap kanan pasukan Perak Izham Yusof berjaya menewaskan penjaga gol pasukan lawan Ahmad Khairul.
Pasukan Perak kini mendahului dengan 1 gol berbalas 0.
Sedang berlangsung di Stadium Perak perlawanan separuh akhir Piala Malaysia diantara pasukan tuan rumah Perak The Gaurus bertemu dengan pasukan lawan Pahang Darul Makmur.
Perlawanan baru 10 minit bermula. Permainan semakin rancak. Pasukan lawan terus-menerus mengasak pintu gol pasukan tuan rumah. untuk mencari gol penyamaan. Benteng pertahanan pasukan Perak agak goyah sedikit ketika ini.
Golll!!!
Aghhhh!
Satu tendangan cantik dari penyerang pasukan lawan berjaya diselamatkan oleh penjaga gol pasukan Perak Mohd Ali. Hampir saja pasukan lawan berjaya menyamakan kedudukan.
Penyokong pasukan Perak mula tidak keruan. Tidak berpuashati dengan tindakan pengadil perlawanan yang membenarkan sepakan sudut diambil oleh pasukan Pahang yang menjadikan perlawanan semakin sengit.
Tuan rumah kembali menguasai perlawanan. Penyerang berprestij pasukan Perak Izham Yusof dengan larian pantasnya dan dibantu rakan sepasukan R.Kesavan yang terkenal dengan larian seumpama lipas kudungnya terus mengasak pertahanan lawan. Beberapa kali serangan mereka hampir-hampir menciptakan gol ke-2. Tapi tindakan pantas penjaga gol pasukan Pahang berjaya menepis beberapa percubaan yang dilakukan.
Aduh.
Aku yang menonton di kaca TV semakin resah gelisah. Ikut sama menjerit disaat pasukan lawan berada di kawasan gol pasukan Perak.
"Kamu ni dah kenapa? Terjerit-jerit macam orang sasau. Orang yang di padang tu elok jer main bola nanti tak pasal-pasal kamu pulak yang masuk hospital sebab sakit jantung" bebelan ayahku menyesakkan telinga.
"Alah, ayah tu pun sama, kalau dapat tengok wrestling, sampai terhinjut-hinjut kaki, tangan tu macam nak bagi penumbuk kat orang tu, ok je".
Eh. Menjawab pulak aku.
Dalam hati rasa kecewa sangat sebab tak dapat sama-sama menyokong di stadium. Esok aku ada peperiksaan akhir tahun. Kertas Pengajian Am. Kalau teruk markah periksa tu nanti, menjawablah pulak aku dengan Puan Rahmah guru mata pelajaran Pengajian Am.
Dapat pulak 'title' Malaun dari Puan Rahmah.
Seketika aku hilang fokus pada perlawanan yang sedang berlangsung.
Impian si 'dia' untuk membawa pasukannya ke Perlawanan Akhir Piala Malaysia dan menjulang Piala Malaysia adakah bakal menjadi kenyataan ataupun sebaliknya.
Eh. Aku pulak yang cemas ni kenapa?
Siapa si 'dia' tu?
Ishh. Malu lah nak cerita. Lain kali lah.
Aku terus hanyut dibuai Angan-angan Pelamin Angan Ku Musnah.
Tiba-tiba terdengar seakan pintu rumahku diketuk. Aku bingkas bangun dan meluru ke pintu.
Lafaz bismillahirrohmannirrohim aku mulakan sambil membuka pintu perlahan-lahan.
Tiba-tiba wajah Lee Jang Woo muncul didepanku dengan senyum manisnya.
Eh! Dah kenapa tiba-tiba pulak mamat korea ni muncul?
Kami berpandangan dan berbalas senyum.
"Oppa..."
Belum sempat aku meneruskan kata-kata, tiba-tiba pintu rumahku seperti dihentam dengan kuat.
Hentaman yang membuatkan aku terjaga dari mimpi yang panjang.
La-ilaha-illallah.
Aku bermimpi rupanya.
Malam itu hujan turun dengan lebat. Angin bertiup kencang sehinggakan pintu bilikku seakan dihempas angin yang kuat tanpa belas kasihan.
Gedebummmm bunyinya.
Begitulah kan kalau terlalu banyak menonton drama korea. Sampai terbawa-bawa ke dalam mimpi.
Cerita nyata vs mimpi. Watak-watak adalah rekaan semata-mata. Bukan nama sebenar.
'Sarangiran geu mareun mothaedo'
Cinta itu, kata yang tak dapat ku ungkapkan
Sangatlah Suzana oiiiii!

Thursday, 22 November 2018
'A' saja pun. Itu pun nak kecoh
Sana sini orang bercerita tentang Hari Anugerah Kecemerlangan. Ia adalah hari untuk meraikan kejayaan pelajar-pelajar dalam akademik dan ko-kurikulum sama ada di sekolah rendah mahupun sekolah menengah.
Entri sebelum ini Kak Zana ada bangkitkan isu tentang majlis Anugerah Kecemerlangan yang diadakan di hotel dan implikasinya kepada insan yang tidak berkemampuan.
Hari ini kita nak sembang tentang 'A' ataupun nombor 1 dalam slip peperiksaan pulak. Ia berkait rapat dengan Majlis Anugerah Kecemerlangan.
Perkara ini dah menjadi isu dari tahun lepas lagi. Setiap kali habis habis penggal persekolahan, pasti ada Majlis Anugerah Kecemerlangan diadakan oleh pihak sekolah. Ada yang kata ia tidak patut diadakan untuk menjaga hati dan perasaan pelajar yang tidak berapa cemerlang. Ada pulak yang menempelak 'kalau nak naik atas pentas tu untuk terima anugerah kenalah belajarlah sungguh-sungguh', tak perlulah nak cemburu dengan pelajar yang cemerlang ni'.
Kesitu pulakkan.
Sebenarnya tiada yang betul, tiada yang salah. Kita salahkan medsos saja sudahlah. Sebab dulu zaman Kak Zana tanpa medsos ini, elok saja kita semua kan. Dapat A berderet ke, dapat no 1 ke, dapat nombor yang paling corot sekali pun tak jadi masalah. Paling-paling kena sebat dengan rotan saja dirumah.
Tiada siapa kisah pun. Dapat A kecoh sikitlah. Dapat C atau D kita duduk diam-diam. Apa nak ada. Tetap dapat makan jugak kan. Kecualilah ada mak yang kejam cakap begini "kalau kamu tak dapat semua A esok, siap kamu. Mak tak bagi kamu makan sebulan".
Amboi garangnya mak ni!
Mak siapalah tu ye?
Kena sentiasa fikir yang positif. Nak naik pentas boleh saja. Jom kita buat persembahan atas pentas. Nyanyi satu lagu sambil main seruling.
Tu zaman dulu lah. Main seruling jer mampu.
Pagi tadi terbaca coretan di FB tentang Majlis Anugerah Kecemerlangan ni. Ada yang sampai perli memerli di laman FB. Sampai boleh jadi gaduh.
Entah apalah yang nak dikisahkan. Pasal ''A jer pun. Pasal nombor satu jer 1. Boleh sampai bertikam-tikam lidah.
Inilah Medsos.
Pendapat peribadi Kak Zana senang saja. Kita ubah sistem. Buat sistem macam di universiti. Sistem 'pointer'. Senang kan. Tiada siapa pegang 'title' no 1, 2 atau 3. Tiada siapa peduli tentang A, B atau C.
Kalau dapat 4flat. Ayuh. Kita lompat ke bintang. Kalau dapat 'D' itu tandanya kena ulang peperiksaan. (Macam pernah jer dapat D tu kan)
Di sesetengah sekolah dah pun sebenarnya kiraan yangg sebegitu menggunakan 'pointer'. Tapi tetap juga A yang dikira penghujungnya.
Teman-teman sekalian, anak-anak yang bijak ni adalah rezeki dari Allah. Ada ibu-bapa yang memang cerdik pandai, tapi belum tentu anaknya pandai. Sebaliknya ada ibu bapa yang tidak belajar sampai ke universiti pun waima tamat sekolah menengah. Tapi keputusan peperiksaan anak, Masya' Allah. Berterabur A istilahnya.
Kenapa perlu hapuskan sistem A atau nombor 1 ini?
Cerita di medsos satu hal. Cerita dirumah atau di kampung pun satu hal jugak. Kadang-kadang pasal 'A' atau nombor 1 ni pun boleh jadi gaduh adik-beradik. Anak sipolan begitu, anak sipolan begini. Dapat pulak opah, nenek tokwan dan yang seangkatan dengannya memanaskan lagi keadaan. Bertabahlah kepada yang tak berapa nak 'A' tu kan.
Kasihan. Mak bapak boleh perang besar. Anak cucu yang jadi mangsa.
Kak Zana rasa dengan sistem 'pointer' ni boleh senyapkan opah-opah ni. Geng-geng opah nak membawang susah sikit lepas tu. Kalau A kan senang nak disebut.
'Anak si polan A dapat 8A. Anak sipolan B pulak tiap-tiap tahun dapat nombor 1.Anak sipolan C memang pandai. Rajin baca buku tak macam anak sipolan D.
Kalau dah tukar sistem, ceritanya jadi begini.
Cerita 1
"Anak si A dapat berapa SPMnya Kak Yah? tanya makcik Nen sebelah rumah pada makcik Yah.
"Entahle, Kak Yah pun tak tau berapa. Ade deme nyebut hari tu tapi entah tak reti pulak kak Yah nak nyebutnya. Tapi lulus le katenya".
Cerita 2
"Taktau la chek Kak Yam oi depa kata luluih, luluih la tu. chek tak tau nak habaq lagu mana. Chek tak reti nak sebut. ada depa sebut 'pointer' macam cakap orang putih ja Kak Yam. Takpa lah janji depa luluih". (Kes tak tau sebut CGPA 3.85)
Nampak kan. Siapa pun tak sebut dapat A ke, B ke C ke atau gagal sekalipun. Nak sebut 'pointer' pun boleh berbelit lidah.
Tapi perbualan macam ni untuk opah-opah zaman dulu la. Opah moden zaman sekarang ni bahaya. Depa lagi laju dari internet.
Kahkahkah.
Nama-nama yang disebut diatas adalah rekaan semata-mata. Tak pasai i kena saman pulak nanti.

Tuesday, 20 November 2018
Dulu lain, sekarang lain
Peredaran masa yang pantas dan perubahan zaman yang berlaku ditambah pula dengan perkembangan teknoloogi yang amat pesat telah menyebabkan banyak norma-norma hidup juga berubah. Baik dari segi sosio-ekonomi, politik dan budaya kehidupan harian juga ikut sama berubah. Apa yang amat ketara sekarang ini adalah timbulnya sikap dan sifat kebendaan serta menunjuk-nunjuk dikalangan masyarakat.
Pada waktu dulu majlis konvokesyen ataupun graduasi diadakan hanya di kolej-kolej ataupun universiti sebagai tanda berakhirnya tempoh pembelajaran pelajar di universiti mahupun kolej. Ianya juga sebagai tanda untuk meraikan kejayaan pelajar menggenggam segulung diploma ataupun ijazah.
Satu isu yang boleh dibahaskan adalah yang berkaitan dengan Majlis Graduasi yang dianjurkan oleh pihak sekolah bagi meraikan kejayaan atau sebagai tanda tamat belajar seseorang pelajar itu di sekolah menengah mahupun sekolah rendah.
Persoalannya sekarang, kenapa perlu diadakan majlis graduasi tersebut di hotel dan bukannya di sekolah masing-masing? Umum lebih maklum bagi mengadakan majlis graduasi di hotel-hotel ianya menuntut perbelanjaan yang tinggi. Namun, tidak dinafikan bahawa suasana sambutan yang dianjurkan di hotel adalah sangat meriah.
Baru-baru seorang kenalan meluahkan kegusarannya terhadap isu ini memandangkan kos untuk mengadakan majlis graduasi ditempat-tempat ekslusif ini terpaksa ditanggung oleh ibu-bapa pelajar-pelajar yang terbabit. Majlis Graduasi untuk Tahun 6 yang diadakan dihotel memerlukan setiap ibu-bapa menyumbangkan sebanyak RM100. Satu jumlah yang bukan sedikit.
Persoalannya sekarang, adakah semua ibu-bapa bagi pelajar yang terlibat ini mampu dari segi kewangannya?
Tepuk dada tanya selera.
Begitulah juga keadaaanya dengan majlis sambutan hari kanak-kanak yang diadakan di sekolah. Pihak sekolah menetapkan satu tema berpakaian untuk murid-murid. Tema berpakaian ini pula menuntut kos perbelanjaan yang agak tinggi dan ada juga yang agak menyusahkan kerana kesukaran untuk mendapat kostum mengikut tema yang ditetapkan.
Benar. Berpakaian mengikut tema ini tidak wajib seperti yang dimaklumkan oleh guru-guru. Tetapi adakah pihak sekolah dan PIBG maklum akan perasaan anak-anak murid yang tidak berkemampuan ini bila melihat murid lain berpakaian mengikut tema. Adakah mereka (pihak sekolah serta PIBG) faham akan keluh kesah ibu-bapa apabila tidak dapat memenuhi permintaan anak-anak.
Ada anak-anak yang memahami situsi kewangan ibu-bapa. Satu berita baik buat ibu-bapa. Bagaimana pula keadaannya jika ada yang tidak memahami situasi ibu-bapa mereka. Luluh perasaan ibu-bapa begitu juga kecewanya perasaan anak-anak ini.
Waktu dulu Hari Kanak-kanak ini disambut secara sederhana di sekolah. Pakaian bebas tanpa tema yang memeningkan kepala. Begitu juga dengan makanan. Semua secara sederhana.
Sudah-sudahlah ye. Kakak comel 'stress' dah ni. Menulis yang serius begini bukan kepakaran kakak comel. Tapi kakak comel cuba.
Eh. Tiba-tiba pulak jadi kakak comel.
Tiba-tiba teringat pulak zaman muda dulu. Majlis tunang, majlis kahwin segalanya serba sederhana.
Zaman sekarang serba-serbi berubah, ada sesi fotografi pra-perkahwinan, ada 'bachelorette party' dan segala macam budaya yang dicedok dari barat. Sekarang majlis bertunang pun dah macam majlis kahwin. Betul tak?
Aghhh. Kita semakin diasak denggan perubahan zaman dan budaya yang membinasakan.
Oh. Inikah bangsa kita?
"Dulu lain, sekarang lain
Dahulu bujang, sekarang dah kahwin"
Tuesday, 13 November 2018
Kakak Kawasan & Ayam Goreng Kunyit Mat Rock
Makan apa tengahari tadi?
Kak Zana makan Nasi Ayam Goreng Kunyit dari Food Truck Mat Rock. Alhamdulillah rasanya sedap. Banyak pula lauknya. Bagi orang yang tak kuat makan macam Kak Zana ni, separuh pun tak habis. Cewah! Disini bolehlah sembang kan.
Hargapun murah RM5 saja sebungkus. Memang berbaloi. Tadi Kak Zana order melalui telefon. Mereka ada buat perkhimatan penghantaran. Jadi senang kerja kita kan. Tinggal tunggu depan pintu dan bayar.
Dengan harganya yang murah dan rasanya yang sedap membuatkan Food Truck Mat Rock ni jadi tumpuan ramai. Bukan tiada Ayam Goreng Kunyit jenama lain di bandaraya KL ni, tapi Ayam Goreng Kunyit Mat Rock memang tiada tandingannya. Tetap pilihan no 1. Dengan nilai yang diberikan, pelanggan amat berpuashati.
Promosi lebih nampak!
Sebenarnya Kak Zana kenal sangat dengan Mat Rock. Dulu dia berniaga pau di sekitar Jalan Raja Chulan. Dia antara pelanggan Kak Zana yang paling awal. Orangnya sangat rajin berusaha. Dia bermula dari bawah. Kak Zana kagum dengan kesungguhannya yang membawa kepada kejayaan yang dicapai sekarang. Saban hari perniagaannya berkembang. Dengan beberapa buah Food Truck dan restoran, perniagaan Ayam Goreng Kunyit Mat Rock ini boleh dilihat dimana-mana. Mat Rock juga mempunyai beberapa bisnes lain. Dia boleh kita jadikan sebagai contoh anak Melayu yang berjaya. Dari bukan sesiapa menjadi seorang yang sangat dikenali.
Kita pinjam semangat Mat Rock okay!
![]() |
| Sotong Goreng Kunyit RM7 |
![]() |
| Ayam Goreng Kunyit.Banyak lauknya kan... |
Tadi Kak Zana order 3 bungkus Ayam Goreng Kunyit, sebungkus Sotong Goreng Kunyit dan sebungkus Daging Goreng. Semua minta yang pedas. Bila minta yang pedas, dia bagi lebih sambal belacan. Memang meletup-letup bila makan. Apa yang meletup pun tak tahulah. Jangan perut meletup sudah.
Siapa yang dah mula rasa teringin sampai meleleh-leleh air liur tu bolehlah hubungi 017-2925938 (Fadil) depan Cap Square Jalan Munsyi Abdullah atau hubungi 1300 88 5800 untuk tempahan.
Kalau tak silap Kak Zana mereka kenakan sedikit caj penghantaran bergantung kepada kawasan. Macam Kak Zana tadi tiada caj penghantaran sebab jarak yang dekat.
Kopi O wunne'. Kakak kawasan dah mengantuk ni!
Sunday, 11 November 2018
Kisah Mak dan Anak-anak
Anak 3 saja pun. Dia punya huru-hara macam ada anak 10. Kau tengok mak kau, anak 10 tapi rileks jer. Siap ada pakej 3P (Penyabar, Penyayang dan Pelindung)
Itulah bezanya Kak Zana dengan mak.
Kak Zana bukan penyabar orangnya. Buat kata orang sekarang, asyik meroyan je.
Apa nak dikata.
Tiga orang anak dengan tiga jenis ragamnya. Macam mane nak sabar.
Anak sulung Kak Zana lelaki berumur 21 tahun. Masih menuntut di UKM dalam Jurusan Pengajian Perniagaan berada di Tahun 3.
Anak yang ke-2 juga lelaki berumur 10 tahun dan bersekolah di SK St John 1 Tahun 4.
Anak yang ke-3 perempuan berumur 9 tahun bersekolah di SK Convent Bukit Nenas Tahun 3.
3 orang pun dah rasa separuh nyawa hilang bila anak-anak buat perangai. Bergaduh sesama sendiri. Abang yang sulung pun boleh tahan asyik menyakat adik yang no 2 bila balik rumah.Ada saja benda yang nak disakatnya. Adiknya pulak pantang diusik, menjeritlah dia sampai satu bangunan Plaza Rah ni boleh dengar.
Tapi minggu ni Kak Zana boleh tarik nafas lega. Ibarat terlepas semua beban. Buku-buku teks sekolah semua sudah dipulangkan. Maknanya tiada lagi pembelajaran di kelas.
Yeah!
Ini bermakna Kak Zana tak perlu nak menjerit tanya pasal kerja sekolah. Tak perlu nak gesa suruh siap cepat-cepat untuk ke Sekolah Agama Rakyat.
Suka hatilah anak-anak tu kan...
Perlu sabar sikit je lagi untuk cuti sekolah bermula.
Anak-anak jom balik kampung!
Kita ziarah embah, opah, pakcik dan makcik semua.
p/s: Rindu mak teramat sangat. Kemudian kita cerita yang serius sikitlah.

Kelas Asas Menulis Blog
Diketawakan dek seorang teman bila Kak Zana menyuarakan hasrat untuk belajar menulis secara online dengan Puan Masayu ni.
"Kau biar betul Zana?" tanya teman ni dengan nada sangsi.
"Betul lah, kenapa pulak aku nak tipu kau. Kau kan bff aku" jawab Kak Zana dengan nada selamba.
"Bukan ke selama ni kau boleh menulis?" Tanyanya lagi.
"Hehehe" Itu saja yang Kak Zana respon ke dia.
Ye, memang Kak Zana nekad untuk belajar. Walaupun sebelum ini Kak Zana memang ada pengalaman menulis di blog perniagaan Cafe Kak Zana. Tapi dah 4 tahun Kak Zana biarkan blog tersebut bersawang dan selama 1 tahun 5 bulan Kak Zana tak sentuh langsung komputer riba.
Semua urusan tempahan pau sejuk buka mahupun tempahan produk yang lainnya adalah melalui whatsapp dan email sahaja. Senang kan. Guna telefon pintar saja.
Akan tetapi bukan mudah untuk Kak Zana nak mulakan semua ini. Setelah berbulan-bulan tertangguh hajat untuk belajar tu, tiba-tiba pada awal Oktober ternampak Puan Masayu iklankan kelas ni di FB terus tanpa berlengah Kak Zana whatsapp Puan Masayu.
Alhamdulillah Kak Zana berjaya harungi halangan pertama iaitu perasaan malas untuk bermula dan mencuba. Adakalanya rasa tidak yakin sangat menghantui diri.
Ok. Selesai buat pembayaran pendaftaran.
Episod seterusnya perlu siapkan buku nota. Gigihlah mencari buku nota dan alat tulis. Urusan ini juga berjaya diharungi.
Hinggalah pada suatu hari tu Kak Zana terfikir, mungkin perlu gunakan printer nanti. Printer sedia ada masih baru cuma cartridge saja yang perlu diganti. Jadi kami sekeluarga pun melawat kawasan di Low Yatt sambil-sambil cuci mata dan poket kan.
Ok. Selesai urusan dapatkan cartridge baru dan juga melanggan internet provider yang baru. Selamat tinggal U-Mobile.
Selamat Datang Maxis. Please be nice to me & family (Ayat skema ni!)
Happy sungguh Kak Zana hari tu. Tapi apakan daya, kita sebagai Hamba Allah hanya mampu merancang, Allah adalah sebaik-baik perancang. Malam tu berlaku tragedi jubin lantai meletup diruang tamu rumah Kak Zana. Sangat terkejut. Ingatkan ada berlaku kejadian gempa bumi. Maklumlah beberapa hari sebelum itu berlaku tsunami dan gempa bumi di Palu kan...
AllahuAkbar
Tak dapat nak bayangkan perasaan kami pada masa tu. Mujur anak sulung ada bersama masa tu. Nak selesaikan urusan pasang semula jubin ini pun dah mengambil masa hampir 10 hari termasuklah urusan mencuci segala debu yang bertebaran.
Sangat memenatkan!
Masa tu sebenarnya dah nak putus asa. Rasa macam nak tarik diri. Kak Zana tak yakin mampu harung semua ini.
Kemudiannya dapat pulak berita yang suami perlu menjalani pembedahan dibahu kirinya buat kali yang ke-2. Masa tu Kak Zana hanya mampu Istighfar banyak-banyak. Allah Maha Baik.
Sehinggalah hari untuk memulakan kelas semakin hampir, ada sedikit rasa 'stress' yang bertandang.
"Mampukah aku?" Kak Zana bermonolog sendiri.
Dan hari ini Kak Zana ada disini bersama teman-teman yang lain sedaya-upaya mencuba lakukan yang terbaik.
Walaupun dengan keadaan suami yang masih belum pulih sepenuhnya. Kesihatan anak-anak juga terganggu dek cuaca yang tidak menentu dan juga kondisi kesihatan Kak Zana sendiri agak terjejas kebelakangan ini.
Stress kau!
Mana taknya dah kertu begini baru sibuk nak belajar kan...
Saturday, 10 November 2018
Jumpa Artis. Sangatlah kan...
"Salahkan ku jangan salahkan ku
Kasih biar ku lupakan diriku
Ingin jumpa tak ingin berjumpa
Ingin bercinta tak ingin bercinta
Dan cintaku beri jawapanmu
Ku tak ingin keliru"
Dah 2 hari lagu ni asyik bermain dibibir. Sampaikan anak Kak Zana si Azalia ni cakap "Mama ni dah kenapa, dari tadi asyik nyanyi lagu ni jer".
"Adik bosanlah" katanya lagi.
Sebenarnya lagu ini adalah lagu kegemaran Kak Zana nyanyian duet Ajai dan Nurul.
Tajuk lagunya adalah Keliru.
Pernah menjuarai Anugerah Juara Lagu yang ke-17.
Sajalah nak ceritakan sebenarnya baru-baru Kak Zana terserempak dengan penyanyi Nurul ni di The Weld. Waktu itu kami sama-sama di sebuah kedai Costumes "N" Parties. Tujuan Kak Zana kesitu sebab nak mencari costume Super Hero untuk Azalia sempena Sambutan Hari Kanak-kamak CBN2. Pada awalnya Kak Zana ingatkan Nurul ni sombong. Memang kita pun buat tak tau jer lah.
Rupanya sangkaanku salah belaka.
Sementara Kak Zana menunggu di kaunter pembayaran sempatlah kami berborak. Bukan main lagi berborak ,macam dah lama kenal. Ternyata Nurul sangat ramah orangnya. Sangat 'humble'. .
Rugi pulak rasanya tak bergambar dengan Nurul masa tu. Sebenarnya Kak Zana segan juga sebab masa tu muka tengah sembab sebab tak berapa sihat. Nanti rosak pulak gambar kan.
Sekian dulu coretan untuk hari ini.
Back to reality supaya tak KELIRU.

Friday, 9 November 2018
8 Soalan Analisa
Nama penuh:
Suzana binti Osman
Email:
shazanapau@gmail.com
Pendidikan:
BBA UUMKL (2007)
STPM - (1991)
Pengalaman kerja:
BSN Merchant Bank (1994-1999)
Syuen Corporation S/B
(1992-1994)
Pengalaman bisnes:
Mengeluarkan produk sejuk beku - pau frozen "SHAZANA PAU"
(2000 hingga sekarang)
Menjalankan Perniagaan berkonsepkan cafe Shazana Pau Shop & Cafe
(2008-2014)
Minat, kemahiran kepakaran:
Amat meminati bidang penulisan dan fotografi.
Mempunyai kepakaran dalam bidang Masakan Melayu dan Masakan Barat
Mempunyai kemahiran dalam bidang penyediaan makanan pelbagai jenis pencuci mulut.
Buku, genre yang suka dibaca:
Buku berbentuk Motivasi & Novel Cinta
Nyatakan blog, web jika ada:
Blog Shazana Pau Shop & Cafe (tidak digunakan lagi)
Nyatakan matlamat sertai kelas ini:
Meneruskan usaha menuntut ilmu dalam bidang penulisan. Ingin belajar teknik-teknik penulisan yang betul dan berhajat untuk aktif dalam bidang penulisan dengan konsisten.

Subscribe to:
Posts (Atom)