"Salahkan ku jangan salahkan ku
Kasih biar ku lupakan diriku
Ingin jumpa tak ingin berjumpa
Ingin bercinta tak ingin bercinta
Dan cintaku beri jawapanmu
Ku tak ingin keliru"
Dah 2 hari lagu ni asyik bermain dibibir. Sampaikan anak Kak Zana si Azalia ni cakap "Mama ni dah kenapa, dari tadi asyik nyanyi lagu ni jer".
"Adik bosanlah" katanya lagi.
Sebenarnya lagu ini adalah lagu kegemaran Kak Zana nyanyian duet Ajai dan Nurul.
Tajuk lagunya adalah Keliru.
Pernah menjuarai Anugerah Juara Lagu yang ke-17.
Sajalah nak ceritakan sebenarnya baru-baru Kak Zana terserempak dengan penyanyi Nurul ni di The Weld. Waktu itu kami sama-sama di sebuah kedai Costumes "N" Parties. Tujuan Kak Zana kesitu sebab nak mencari costume Super Hero untuk Azalia sempena Sambutan Hari Kanak-kamak CBN2. Pada awalnya Kak Zana ingatkan Nurul ni sombong. Memang kita pun buat tak tau jer lah.
Rupanya sangkaanku salah belaka.
Sementara Kak Zana menunggu di kaunter pembayaran sempatlah kami berborak. Bukan main lagi berborak ,macam dah lama kenal. Ternyata Nurul sangat ramah orangnya. Sangat 'humble'. .
Rugi pulak rasanya tak bergambar dengan Nurul masa tu. Sebenarnya Kak Zana segan juga sebab masa tu muka tengah sembab sebab tak berapa sihat. Nanti rosak pulak gambar kan.
Sekian dulu coretan untuk hari ini.
Back to reality supaya tak KELIRU.