Sunday 11 November 2018

Kelas Asas Menulis Blog


Diketawakan dek seorang teman bila Kak Zana menyuarakan hasrat untuk belajar menulis secara online dengan Puan Masayu ni.

"Kau biar betul Zana?" tanya teman ni dengan nada sangsi.

"Betul lah, kenapa pulak aku nak tipu kau. Kau kan bff aku" jawab Kak Zana dengan nada selamba.

"Bukan ke selama ni kau boleh menulis?" Tanyanya lagi.

"Hehehe" Itu saja yang Kak Zana respon ke dia.

Ye, memang Kak Zana nekad untuk belajar. Walaupun sebelum ini Kak Zana memang ada pengalaman menulis di blog perniagaan Cafe Kak Zana. Tapi dah 4 tahun Kak Zana biarkan blog tersebut bersawang dan selama 1 tahun 5 bulan Kak Zana tak sentuh langsung komputer riba.

Semua urusan tempahan pau sejuk buka mahupun tempahan produk yang lainnya adalah melalui whatsapp dan email sahaja. Senang kan. Guna telefon pintar saja.

Akan tetapi bukan mudah untuk Kak Zana nak mulakan semua ini. Setelah berbulan-bulan tertangguh hajat untuk belajar tu, tiba-tiba pada awal Oktober ternampak Puan Masayu iklankan kelas ni di FB terus tanpa berlengah Kak Zana whatsapp Puan Masayu.

Alhamdulillah Kak Zana berjaya harungi halangan pertama iaitu perasaan malas untuk bermula dan mencuba. Adakalanya rasa tidak yakin sangat menghantui diri.

Ok. Selesai buat pembayaran pendaftaran.

Episod seterusnya perlu siapkan buku nota. Gigihlah mencari buku nota dan alat tulis. Urusan ini juga berjaya diharungi.

Hinggalah pada suatu hari tu Kak Zana terfikir, mungkin perlu gunakan printer nanti. Printer sedia ada masih baru cuma cartridge saja yang perlu diganti. Jadi kami sekeluarga pun melawat kawasan di Low Yatt sambil-sambil cuci mata dan poket kan.

Ok. Selesai urusan dapatkan cartridge baru dan juga melanggan internet provider yang baru. Selamat tinggal U-Mobile.

Selamat Datang Maxis. Please be nice to me & family (Ayat skema ni!)

Happy sungguh Kak Zana hari tu. Tapi apakan daya, kita sebagai Hamba Allah hanya mampu merancang, Allah adalah sebaik-baik perancang. Malam tu berlaku tragedi jubin lantai meletup diruang tamu rumah Kak Zana. Sangat terkejut. Ingatkan ada berlaku kejadian gempa bumi. Maklumlah beberapa hari sebelum itu berlaku tsunami dan gempa bumi di Palu kan...

AllahuAkbar

Tak dapat nak bayangkan perasaan kami pada masa tu. Mujur anak sulung ada bersama masa tu. Nak selesaikan urusan pasang semula jubin ini pun dah mengambil masa hampir 10 hari termasuklah urusan mencuci segala debu yang bertebaran.

Sangat memenatkan!

Masa tu sebenarnya dah nak putus asa. Rasa macam nak tarik diri. Kak Zana tak yakin mampu harung semua ini.

Kemudiannya dapat pulak berita yang suami perlu menjalani pembedahan dibahu kirinya buat kali yang ke-2. Masa tu Kak Zana hanya mampu Istighfar banyak-banyak. Allah Maha Baik.

Sehinggalah hari untuk memulakan kelas semakin hampir, ada sedikit rasa 'stress' yang bertandang.

"Mampukah aku?" Kak Zana bermonolog sendiri.

Dan hari ini Kak Zana ada disini bersama teman-teman yang lain sedaya-upaya mencuba lakukan yang terbaik.

Walaupun dengan keadaan suami yang masih belum pulih sepenuhnya. Kesihatan anak-anak juga terganggu dek cuaca yang tidak menentu dan juga kondisi kesihatan Kak Zana sendiri agak terjejas kebelakangan ini.

Stress kau!

Mana taknya dah kertu begini baru sibuk nak belajar kan...