Saturday 17 November 2018

Geng ACS & Cikgu

Di sebuah kelas Tingkatan 6 Atas Sastera. Terciptanya rentetan kenangan yang mengusik jiwa. Disitulah terciptanya sebuah persahabatan. Persahabatan yang kekal sehingga ke hari ini. Acapkali juga rindu datang menggamit..

Inilah kisah persahabatan kami. Azmi, Zamzuri, Nora, Eliz dan aku.

Walau 27 tahun telah berlaku, setiap kenangan yang ada masih kekal dalam ingatan.

Ada murid adalah cikgunya kan. Entah apa agaknya perasaan cikgu masa mengajar kami dulu. Kalau dulu dah ada Facebook tentu-tentunya muka kami dah di 'viral' kan. Haha

Belum lagi dengan kisah adik-adik pengawas yang tak berani tegur kesalahan kakak-kakak dan abang-abang senior mereka.

"Azmi, mau pergi mana, jangan lari! Belajar sikit-sikit pun tak apa. Satu hari 1 teori" nasihat Mr Tan merangkap cikgu mata pelajaran ekonomi kelas 6UAM kepada kawan aku yang seorang ni dengan pelat cinanya.

"Tak bolehlah Sir, saya punya kepala saya sudah mau pecah" balas Azmi

"Sir, dia tak mau belajar lagi. Dia sudah mau masuk UITM" aku mencelah secara tiba-tiba.

"Ada betul ke Azmi" tanya Mr Tan kepada Azmi.

"Betullah Sir, pengambilan Januari. Kursus Pentadbiran Awam" Azmi terus menjawab sambil tersengih-sengih macam kerang busuk.

"Takpe, you belajar sini dulu, nanti sana pun ada belajar Ekonomi, you boleh lagi pandai" kata Mr Tan

Dalam hati aku berkata bilalah nak habis kelas ekonomi ni. Pening dengan teori-teori semua. Keluk Permintaan, keluk penawaran, kenjalan penawaran, keanjanan pemintaan. Nak fahamkan semua jenis keluk-keluk ni pun memang boleh terbelit semua urat-urat.

Aku duduk didepan sekali di dalam kelas. Bila cikgu tanya "Suzana, ada faham ke". Aku jawab faham sesaja. Bila waktu ujian, menggagau nak menjawab. Bukan ada soalan objektif pun yang boleh baling dadu. Nak menggoreng, minyak pulak takde.

Eh. Sempat pulak buat lawak.

Kami kecewa sebenarnya. Cikgu-cikgu yang mengajar kami semua yang veteran. Kelas 6 Rendah boleh pulak dapat cikgu muda ajar mata pelajaran Ekonomi. Lulusan dari Universiti Malaya. Kacak pulak tu.

Manalah budak-budak 6 Atas ni tak tertekan.

Ada satu kisah ni aku nak cerita. Seorang kawan sekelas aku ni namanya Fazidah (bukan nama sebenar). Si Fazidah ni cuba-cuba nak tackle cikgu tu. Ada je perkara dia buat untuk tarik perhatian cikgu tu. Boleh bayangkan kan tak manusia yang jenis selamba macam Fazidah ni?

Sudahnya kami semua terkena dengan cikgu kacak ni. Dia boleh tanya pulak markah ujian kertas BM kami dengan cikgu yang mengajar. Adoi, malunya tak terkata. Faham-faham sajalah markah tak berapa nak cantik.

Lepas tu ada satu kejadian masa tu tengah ujian dalan kelas ekonomi Mr Tan, tiba2 cikgu kacak muncul dari belakang. sesuai sangatlah kawan aku Fazidah ni duduk dibelakang sekali. Dia punya terkejut.

"OMG, OMG" tu jelah kalimah yang dia sebut.

Tiba2 Mr Tan tanya aku, "Suzana, kenapa itu Fazidah?'. "Ala Sir, itu angau cinta punya pasal" balasku.

Kasihan Mr Tan terpinga-pinga dengar jawapan aku.

Itu belum lagi kisah aku tak dapat melepaskan diri dari kelas Mr Tan ni. Peliknya kawan-kawan lain boleh pulak terlepas sampai ke bilik Kerjaya dan Kaunseling. Siap dorang boleh mengayat Cikgu Man Sehak untuk tandatangan borang keluar duit biasiswa.

Mr Tan ni sebenarnya seorang cikgu yang sangat rajin. Kelas tengah dalam proses baik pulih pun tetap jugak dia nak mengajar.

Jangan kau tanya keputusan kertas Ekonomi STPM aku dulu. Haha

4P 1R (Tekalah !R tu kertas apa)

Jeng jeng jeng!


Nanti kita sambung kisah 'CINTA DAN MONYET'

Eh.